06 Julai 2010

Satu-persatu pergi....

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi masih lagi dikurniakan dua nikmat yang paling besar yakni Nikmat Iman dan Islam..segala puji bagi ALLAH ,tuhan yang menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi.DIA juga yang menciptakan kita sebagai sebaik-baik manusia..

لقد خلقنا الانسان في احسن تقويم

Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi tersayang,MUHAMMAD S.A.W..
Alhamdulillah,hari ini dapat juga ana meng'update' blog ..Semalam 5hb julai ,berpeluang juga ana dan sahabat-sahabat menghantar mereka-mereka yang akan pulang ke tanah air tercinta,Malaysia..
Sebak di hati tak tertahan lagi walaupun ana dah tekad tak nak menangis tapi bercucuran juga air mata ini.(hehe)

Ramai jugalah yang balik semalam.Kawan batch ana je dah 4 orang.tapi keseluruhan ahli imarah semuanya 9 orang.kalau campur-campur yang tinggal kat luar adalah dalam 12 orang.Ahli ghurfah ana pun balik sekali,lagi lah tambah sedih. ;( tapi tabahkan juga hati ini untuk meneruskan perjuangan di sini.Yang balik semalam tu semuanya naik penerbangan Qatar Airways.Ini gambar flight qatar.

(QATAR AIRWAYS)

Tempat departure semalam kat terminal 1.Tempat itu tak boleh hantar orang masuk kt hall tu.Dari luar jelah dapat hantar.Tak best langsung bagi ana,terus salam-salam dari luar tak dapat hantar sampai ke dalam.Sudahlah sliding door nya yang tak boleh nampak kt dalam.Memang tak best sangat lah terminal 1 ni.Pandangan dari luar je cantik.(hehe).Ini ganbar terminal 1 .

(TERMINAL 1-suasana pagi)

(TERMINAL 1-suasana petang)

(TERMINAL 1-suasana malam)

(HALL AIRPORT)

Penerbangan mereka akan transit kat doha 10 jam.Saje ana uploadkan sedikit gambar pemandangan Doha.

(DOHA)


(CITY OF LIGHTS)

Kalau ikut jam di tangan ana (4 pm) ,mereka dah pun tiba kat KLiA AIRPORT jam malaysia (9 pm).Yahooo,best nye dapat jumpa family dan semuanya..;)) Papepun semoga sahabat-sahabat turut meneruskan perjuangan di MALAYSIA.Doakan kami semua tabah dan thabat hati di bumi Mesir ini walaupun satu-persatu akan pulang ke malaysia juga selepas ini.Hanya sabar menanti masanya sahaja..;))

(KLIA AIRPORT)

Maaf jikalau entri ana kali ini,tak terisi dengan ilmiah..Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana yang faqir ini walaupun hakikatnya kedua2 datang dari-NYA.

Wallahua'lam..
wassalam w.b.t..

2 ulasan: