Assalamulaikum WBT Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W kekasih illahi... Syukur Alhamdulillah,hari ini dapat juga ana menyempurnakan hari sahabat ana dengan menghadiri walimahnya di imarah terengganu bersama sahabat-sahabat lain. sebenarnya hari pernikahan beliau sudah pun berlangsung pada akhir bulan mei yang lepas,cuma hari ini baru diadakan walimahnya.meriah juga lah majlisnya walaupun hanya sederhana.lebih-lebih lagi majlisnya dilaksanakan di perantauan tanpa kehadiran ibu bapa serta sanak saudara.Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan lancar walaupun ana dan sahabat-sahabat tiba agak lewat tengahari.seronok rasanya hati bila lihat sahabat seperjuangan bahagia.(hehe).Mungkin tidak ketinggalan untuk ana mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat beliau Siti Nurul Aini Hasmidar dan pasangannya Ahmad Muzani.semoga berbahagia hingga ke pintu syurga,Insyaallah.Maaf gambar tidak dapat di upload atas dasar untuk menjaga kebaikan mereka.
Alhamdulillah,ana pun dah lama selesai menghadiri kursus perkahwinan yang julung-julung kali diadakan di bumi Mesir.Al-maklumlah banyak kelebihan kalau kita ambil kursus ini awal lagi-lagi kt sini.Yela yuran pun lebih murah berbanding dari kursus di malaysia.Jam waktu kursus pun lebih singkat dari sana.Yela,bak kata penceramah,apa yang disampaikan dalam kursus ini sudah pun budak azhar belajar.kalau tak faham-faham juga tak tahulah nak kata apa lagi.Itu yang yurannya agak rendah berbanding di Malaysia.Tapi apa pun kursus ini penting untuk mereka yang mahu berumahtangga di malaysia lah,kalau kt mesir tak perlu pun semua-semua ni(maksudnya sijil kursus).Sahabat ana yang dah kahwin tu pun selalu perli-perli ana.Yela,dia kata "ana yang dah kahwin ni pun tak merasa pergi kursus-kursus kahwin ni,enti da pergi dah".(tertawa kecil jela ana,hehe).Yela,apa salahnya nak timba ilmu,bukan semestinya ana pergi kursus tu ana dah sedia untuk berumahtangga.betul kan3?(hehe)
Walaupapepun,entri ana pada kali ini bukanlah berkaitan bab munakahat ataupun yang seumpama dengannya.Lagi pun ana bukanlah orang yang faqih untuk menguraikan mengenai bab tersebut.Kalau ikut silibus AL-AZHAR pun,tahun 3 baru belajar feqh bab munakahat.(hehe) Namun kita semua bakal menjadi pengantin Insyaallah.Cuma masa yang akan menentukan segalanya.Entri kali ini ana copy dari blog sahabat ana mengenai perkahwinan juga.Cuma maknanya berlainan dari apa yang difikirkan di minda kita apabila menyebutnya.....
Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..?
Atau terkubur bersama dosa-dosa...?
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka...
p/s; Sudahkah bersedia mahu menjadi pengantinNya???
copy isi entri dari blog;

Tiada ulasan:
Catat Ulasan