10 Februari 2011

090211

ASSALAMUALAIKUM W.R.T....

agak lama juga saya tidak meng"update" blog ini.. ini semua gara2 imtihan fasa 1 yg kami telah tempuh pada awal januari dan tiada kemudahan internet di rumah.. mohon doa kalian moga urusan kami dalam imtihan yg lepas dipermudahkan.. Ameen Ya Rabb.. :) :) :)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi kerana semalam tepat jam 10.30am saya dan sahabat2 selamat tiba di KLIA setelah 4hari 3malam transit di Jeddah bumi berkat.. diterbangkan dari cairo airport ke jeddah menaiki flight Air Asia raiders.. dan dari jeddah ke KLIA menaiki flight Saudi Arabian Airlines.. credit utk penaja2..



Rasanya semua dah maklum mengapa kami semua harus dikeluarkan dari mesir jd tak perlulah utk di ulas panjang2..walaupun keberadaan kami di sana bukan pergi menunaikan Ibadat Haji mahu pun Umrah.. cukuplah hanya sebagai ziarah itu sudah memadai bagi kami.. Insyaallah, kalau ada rezeqi saya akan pergi ke sana lagi kali ini untuk mengerjakan Rukun Islam ke-5.. Insyaallah.. di jeddah kami di transitkan di kompleks tabung haji.. terima kasih yg tak terhingga pada semua pegawai2 , crew2 tabung haji dan pimpinan yg telah byk melicinkan segala pengurusan semasa kami di sana.. :) :) :)

kepulangan kami ke malaysia ini pun bukanlah 100% dalam kegembiraan sebaliknya menbawa sedikit rasa kerisauan hati lebih2 lagi pada pengurusan pengajian kami.. jadi harap2 keadaan akan segera reda dan kami akan meneruskan pengajian di sana seperti biasa.. Insyaallah.. doakan segala dipermudahkan..

papepun,saya dan sahabat2 tetap rasa bersyukur diatas ni'mat dan niqmat yg diberikan.. harap semua thabat dalam perjuangan.. kepada sahabat2 yg belum pulang ke malaysia ataupun yg mengambil keputusan untuk 'stay' di mesir,harap sabar dan terus dipelihara olehNya.. Ameen..
ini semua sunnah dalam perjuangan.. susah dan senang menjadi asam garam kehidupan.....


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Tajuk Nasyid : Sunnah Orang Berjuang
Artis : Hijjaz
Album : Pelita Hidup 4



Tiada ulasan:

Catat Ulasan