14 Februari 2011

SALAM MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W ;)




Assalamualaikum w.r.t,,

Sepertimana yang kita semua sedia maklum esok 15 februari 2011 bersamaan 12 RabiaulAwwal merupakan hari kelahiran Baginda NABI MUHAMMAD SOLLALLAHUALAIHIWASSALAM...

Oleh itu marilah kita memperbanyakkan amalan berselawat kepada Baginda S.A.W..


Di antara manfaat itu adalah:


1. Selawat merupakan bentuk kataatan kepada perintah Allah s.w.t.

Maka makin banyak salawat yang kita berikan kepada Nabi Muhammad solallahu alayhi wasalam, baik ketika kita memperingati Mawlid Nabi Muhammad solallahu alayhi wasalam, maka makin banyak ketaatan dan cinta kita kepada Allah swt.

2. Mendapatkan sepuluh kali selawat dari Allah bagi yang berselawat sekali (1x) untuk beliau s.w.t. apabila satu selawat saja mendapat ganjaran 10x lipat dari Allah swt maka bagaimana bila kita salawat kepada Nabi saw sebanyak yg kita mampu berikan kepada kecintaan kita semua Nabi saw.

Maka dikatakan,” orang yang pertama mendapat syafaatku pertama kali adalah orang yg paling banyak bersalawat kepadaku, yg kedua adalah yg kedua terbanyak solat”. Maka perbanyaklah salawat kepada baginda Nabi saw. Jangan takut berlebihan bersalawat kepada Nabi saw, kerana kita bukanlah umat nasrani yang mentuhankan Nabi Isa as. Tak ada satupun umat Nabi MUHAMMAD S.A.W yg berselawat banyak yg menganggap Nabi MUHAMMAD S.A.W adalah Tuhan. Jangan khuatir utk berselawat sebanyak mungkin, dengan segala pujian yg indah. selawat seperti dalam Al-Quran ataupun selawat yg dibuat oleh para Wali Allah seperti selawat Dalail Khairat, Selawat Barzanji, Selawat Diba, Selawat Simtud Duror dll. Para murid2 Habaib merekalah yg terbanyak berselawat kepada Baginda Nabi MUHAMMAD S.A.W sebagai bukti kecintaan mereka.

3. Diharapkan dikabulkannya doa apabila didahului dengan selawat tersebut.

Demikianlah, makin banyak selawat maka doa makin cepat terkabul.

4. Selawat merupakan sebab mendapatkan syafaat dari Nabi MUHAMMAD S.A.W jika ketika mengucapkan selawat diiringi dengan permohonan wasilah (darjat yang tinggi di syurga) untuk beliau Nabi MUHAMMAD S.A.W

Ini benar sekali, maka siapa yg terbanyak selawat maka akan terbanyak mendapatkan syafaat Nabi MUHAMMAD S.A.W

5. Selawat merupakan sebab diampuninya dosa-dosa.

Mohonlah ampun dengan istighfar dan kemudian selawat, inilah dua perpaduan yg menyebabkan dosa mudah diampuni krn Allah sangat mencintai Nabi Muhammad saw.

6. Selawat merupakan sebab sehingga Nabi MUHAMMAD S.A.W menjawab orang yang mengucapkan selawat dan salam kepadanya. Semoga Selawat dan salam dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi yang mulia ini.

Maka Nabi MUHAMMAD S.A.W akan bersaksi kepada mereka yang banyak mengirimkan salwat kepada Beliau S.A.W. Jangan takut menghadiri selawat dalam Mawlid Nabi saw, silakan datang dan berselawatlah, inilah kesempatan yg sangat indah utk mengucapkan selawat berjamaah dan berlama2.


http://www.rileks.info/coollist/2008/01/manfaat-selawat/


JOM BERSELAWAT!!! ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan