25 Disember 2010

Bahaya futur

KAEDAH MERAWAT KELESUAN
AKIBAT FUTUR
1. Menjauhi maksiat dan
keburukan serta punca-punca
yang boleh membawa ke arah
perlakuannya kerana
sebagaimana ibadah boleh
menghindarkan diri daripada
maksiat, malaikat juga boleh
menjauhkan seseorang daripada
amal-amal kebajikan.
2. Istiqamah dengan amalan-
amalan harian bagi
meningkatkan kekuatan rohani
dan jasmani. Hanya dengan
persiapan rohani dan persediaan
jasmani sajalah dapat
mengharungi liku-liku
perjuangan menegakkan islam
yang penuh dengan ranjau dan
halangan.
3. Menjaga waktu-waktu yang
utama dan menghidupkan
amalan ketaatan. Sebagai
contoh, berpuasa pada hari Isnin
dan Khamis, solat dhuha,
membaca zikir dan doa pada
waktu-waktu yang tertentu.
4. Menjaga diri daripada bersikap
melampau dan terlalu
menyusahkan diri dalam urusan
agama Allah iaitu dengan
bersikap sederhana serta
menjaga amalan-amalan
kebiasaan mengikut
sunnah.melakukan amalan yang
sedikit tetapi istiqamah adalah
lebih baik daripada melakukan
banyak amalan tetapi tidak
kekal.
5. Menggabungkan diri dengan
jemaah Islam dan meninggalkan
uzlah. Hanya dengan menyertai
jemaah seseorang itu dapat
meningkatkan diri dan tidak
mudah tertipu oleh tipu daya
syaitan.
6. Mengenali cabaran-cabaran di
jalan dakwah.dengan mengenal
pasti halangan dan mehnah yang
bakal ditempuhi akan
menyiapkan para petugas Islam
agar tidak mudah berputus asa
dan hilang semangat.
7. Bersikap teliti dan
melaksanakan kerja secara
sistematik. Kerja-kerja yang tidak
berperancangan dan dilakukan
secara sembrono akan menemui
jalan buntu.
8. Selalu bergaul dengan orang
yang salih dan banyak
melakukan amal soleh.
9. Memberi hak-hak tubuh
badan dan jasmani seperti rehat
dan penjagaan yang sebaiknya.
10. Memberi ruang pada jiwa
untuk menikmati perkara-
perkara yang harus seperti
bergurau, bermain dan
berekreasi.
11. Selalu membaca buku sirah
nabi dan sejarah orang-orang
yang soleh. Ini kerana buku-
buku tersebut mengandungi
pelbagai teladan bagi setiap
muslim.
12. Sentiasa mengingati mati dan
perkara-perkara yang berkaitan
dengannya seperti azab kubur
dan hari kebangkitan.
13. Sentiasa membayangkan
nikmat syurga dan azab neraka.
Ini akan memantapkan lagi iman
dan menguatkan semangat
untuk memikul amanah Allah.
14. Selalu menghadiri majlis ilmu.
Ini kerana ia akan
mengembalikan kerajinan
pendengar untuk melakukan
kerja-kerja Islam.
15. Memahami tasawur Islam
dengan mengamalkan
kesyumulan agama itu sendiri. Ini
akan mengelakkan pemahaman
yang cetek terhadap Islam.
16. Sering memuhasabah diri.
Insyallah ia akan cepat
menyedarkan kita daripada
kealpaan.
PENUTUP
Kelesuan petugas-petugas Islam
kini adalah akibat tidak
memahami bahaya membiasakan
diri dengan sifat malas sehingga
terdedah kepada pelbagai
penyakit seperti futur. Syaitan
akan segera mengambil
kesempatan untuk melalaikan
umat Islam sehingga jauh
daripada janji kemenangan
(nusrah) yang dijanjikan oleh
Allah.

HARAP SAHABAT2 JANGAN FUTUR,TERUSKAN USAHA,TEKADKAN AZAM,KUATKAN SEMANGAT !DOAKAN KENAJAHAN BERSAMA..MOGA DIBERIKAN KEFAHAMAN DAN ILMU KITA DIREDHAINYA..AMIN YA RABB
(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan