25 Disember 2010

TazkiyatunNafs-Dosa boleh halang cahaya ilmu

Banyak melakukan dosa
membuatkan hati seseorang itu
rosak kerana bercampur antara
baik dan buruk. Maka jadilah
hati seperti yang disabdakan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
yang bermaksud: "(Hati yang)
tidak lagi menganggap baik
perkara yang baik dan tidak
menganggap buruk perkara
yang buruk, melainkan apa yang
disukai oleh hawa
nafsunya".Orang yang banyak
melakukan dosa semakin
renggang hubungannya dengan
Allah dan orang mukmin lain. Ini
kerana apabila seseorang itu
patuh kepada perintah Allah, ia
dekat kepadaNya.Orang yang
sentiasa melakukan dosa selalu
memandang perbuatan dosa itu
sebagai perkara kecil. Dalam hal
ini, Ibnu Masud
berkata:"Sesungguhnya seorang
mukmin itu melihat dosanya
seperti sebuah bukit yang
dibimbangi akan menimpanya.
Manakala, seorang yang selalu
melakukan dosa akan
memandang dosa itu seperti
seekor lalat yang hinggap di atas
hidungnya".Dosa yang dilakukan
itu akan membawa kehinaan,
manakala ketaatan pula dapat
melahirkan kemuliaan kepada
pelakunya. Dalam hal ini Allah
berfirman yang
maksudnya:"Sesiapa inginkan
kemuliaan, maka sesungguhnya
segala kemuliaan itu kepunyaan
Allah jua".Orang yang
melakukan dosa berasa sempit
dadanya, manakala mereka yang
taat lapang dadanya. Allah
berfirman yang
bermaksud:"Maka sesiapa yang
Allah hendak beri hidayat
nescaya Allah memberi
kelapangan dadanya untuk
menerima (ajaran) Islam. Sesiapa
yang Allah hendak menyesatkan
nescaya Allah sempitkan
dadanya dan dalam kesukaran
seolah-olah ia memanjat langit
(kerana tidak cukup
oksigen)".Dosa boleh
menggelapkan hati sebagaimana
amalan kebajikan itu boleh
menyinarinya.Ibnu Abbas
berkata: "Sesungguhnya
kebajikan itu memberi cahaya
kepada hati, kemurahan rezeki,
kekuatan jasad dan disayangi
oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh
menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan
makhluk lain
mengutuknya".Dosa boleh
menghalang seseorang itu
daripada mendapat cahaya ilmu.
Satu ketika, Imam Malik
terpegun melihat Imam Syafie
(masih remaja ketika itu) kerana
kepandaian dan kecerdikannya,
lantas beliau
berkata:"Sesungguhnya aku
melihat Allah mencampakkan ke
dalam hati kamu cahaya, maka
jangan kamu padamkan cahaya
iu dengan kegelapan
maksiat".Dosa boleh
menyebabkan seseorang itu
malas untuk membuat ketaatan.
Seseorang pernah berkata
kepada Ibnu Masud: "Kami tidak
mampu untuk bangun malam
(untuk beribadat)". Jawab Ibnu
Masud: "Dosa kamu menjauhkan
kamu (daripada ibadat di waktu
malam)".Oleh yang demikian,
hampirilah kebajikan yang akan
memberi cahaya kepada hati dan
jauhilah kejahatan yang boleh
menggelapkan hati seterusnya
menghalang cahaya ilmu.(Dipetik
dari buku Bimbingan Semasa
oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-
Besuty.)

SELAMAT BERMURAJAAH SAHABAT-SAHABAT DI PERLEMBAHAN NIL(^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan